> I'M Proud To Be Myself: Sakit Hati rasa Nak Jerit Satu Dunia :(

Sakit Hati rasa Nak Jerit Satu Dunia :(

Aku rasa aku nak lari dari tempat mana aku tinggal sekarang . Aku rasa, aku tak nak kenal dah siblings yg dah tak anggap aku siblings dia lagi tuhh . Bukan dia jep , orang lain pun . Aku rasa tak nak kenal lagi yang namanya LELAKI . DAMN ! Sakit hati . Tuhannn , Kenapa lelaki tercipta  ? Apa tujuan ? Kenapa menyakitkan sangat ? Sumpah , Aku tak nak kenal korang lagi lepas ni . Plsssss , Biarkan aku hidup dengan gaya aku , hidup dengan cara aku , hidup dengan family aku , hidup dengan kengkawan aku . AKU MOHON ! Jangan kacau aku lagi lepas ni . Jangan pernah cari aku .
   Sekarang boleh korang memandang rendah diri aku . Sekarang kau boleh memandang aku dengan sebelah mata kau , sekarang kau boleh lukakan hati aku yang hampir rapuh ni . Tapeaa , aku perempuan . Aku memang lemah . Kekuatan aku hanya menangis kuat-kuat dengan berharap sakit hati didalam hati akan reda . AKU BENCI KAU ! Nama kau telah tersenarai dalam orang yang aku BENCI . Mungkin untuk selamanya . Maafkan aku .
  3 orang sudah tersenarai nama lelaki BULLSHIT dalam hati nih . Lepas ni sape nak daftar nama ? Aku mohon . Biarkan aku fokus dengan SPM aku yang tinggal depan mata jep nihh . Aku nak gapai cita-cita aku tuh . Aku nak bahagiakan Mak Abah aku . Aku nak Bangga dengan diri aku sendiri . Aku tau ALLAH sentiasa dengar doa-doa aku tiap hari . Semoga dimakbulkan . Aku buka wall kau dengan harapan .... tapi apa yang aku dapat ? Maafkan aku kerana membenci kau ! Benci yang kuat dalam hati ni akan pudar dengan kata - kata MAAF dari kau berpuluh ribu kali . Aku seorang yang egoish .
  Tolong pergi jauh-jauh dari hidup aku tanpa meninggalkan jejak sikit pun . Aku nak lari daripada bayangan korg 3 orang . Aku mohon ! Tolong menjauh dari aku . Beribu kali aku berjanji dengan diri aku sendiri , YANG AKU AKAN BERUBAH DAN SUATU HARI NANTI AKU AKAN MUNCUL DEPAN KORANG DENGAN PERUBAHAN AKU TUH . AKU AKAN BUAT KAU MENGUCAP KATA-KATA MENYESAL TELAH MENINGGALKAN AKU DAN MENYAKITI HATI AKU . Aku berjanji . Aku bersumpah . Aku berazam . Suatu hari nanti kau akan mengucapkan kata-kata tuh . Pada saat tuh tuhan jep tau aku akan melakukan apa . Aku nak korg tau betapa sakit hatinya aku ?

Maafkan aku Ya Allah kerana aku mempunyai dendam terhadap seseorang . Tolong maafkan aku . Aku hanya seorang wanita yang lemah dan tak mampu berbuat apa-apa jika hati sudah menangis . Assalamualaikum :)